Thursday, 19 September 2013

MUKHRIZ PERNAH DISEKAT OLEH TUN DR MAHATHIR !!

MUKHRIZ PERNAH DISEKAT OLEH TUN DR MAHATHIR !!

Sekarang sah bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir  akan bertanding jawatan naib presiden Umno di pemilihan parti Oktober ini.




Selain daripada Mukhriz Mahathir, 5 pemimpin UMNO yang akan bertanding ialah :

1. Datuk Seri Zaid Hamidi
2. Datuk Seri Shafie Afdal
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein
4. Datuk Seri Ali Rustam
5. Tan Sri Isa Samad

Bagaimana pun, tarikh tutup pendaftaran pencalonan adalah pada 21hb September ini. Dan mungkin ada calon-calon lain terutamanya pemimpin muda UMNO yang mungkin tergerak hati untuk bertanding kerana tertarik dengan aspirasi Mukhriz Mahathir yang berani menyuarakan hasrat untuk bertanding naib Presiden UMNO.

Esok, pihak media sudah tentu akan mendapatkan respons calon-calon Naib Presiden UMN tentang hasrat Mukhriz Mahathir dan MiM yakin, jawapannya hampir sama iaitu demokrasi berlaku dalam parti UMNO dan sesiapa pun boleh bertanding jika layak menurut perlembagaan parti.

Di bawah adalah beberapa kenyataan Mukhriz semasa sidang akhbar di Alor Setar yang dilaporkan Bernama :

1. Mukhriz berkata beliau membuat keputusan itu setelah menerima banyak nasihat daripada setiap lapisan kepimpinan dan setelah memikirkan jawatan yang sesuai untuk beliau dipertanggungjawabkan.

2. “Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbangkan perkara ini dari setiap sudut.

3. “Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali ke pangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pemodenan Malaysia;

4. “Kedah yang DYMM Tuanku Sultannya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, bagi pemilihan kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO,” katanya.

5. “Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi satu harapan.

6. “Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari daripada perkara ini, yang juga merupakan tanggungjawab,” katanya.

7. Mukhriz juga menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.

8. Mukhriz berkata hasrat beliau bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti semata-mata untuk menterjemahkan transformasi yang hendak dilakukan dalam parti menerusi slogan ‘Berani Berubah’ yang beliau gunakan ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada 2009.

9. Katanya parti pembangkang dilihat telah memulakan persiapan ke arah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan terbuka kepada orang muda sehingga mereka turut terbabit secara aktif dalam melakar hala tuju parti.

10. “Malah sehingga sampai ke tahap boleh pegang jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan negeri yang mereka kuasai…orang muda boleh pegang jawatan penuh tanggungjawab. Bila sampai PRU14, mungkin 2018, orang macam ini yang akan mengetuai pilihan raya.

11. “Waktu tu mungkin pemimpin dinosaur dalam Pakatan Rakyat dah tak ada. Yang ada pemimpin baharu, pelapis, dan ada daya tarikan sendiri tetapi berpengalaman sebab dah diberi pendedahan lebih awal. Orang macam ini yang Umno akan berhadapan.

12. “Kalau pembaharuan tak dibuat dalam Umno dan BN (Barisan Nasional) cuba bayangkan kemungkinan untuk kita dapat pertahankan 133 kerusi Parlimen yang ada sekarang, malah untuk tambah lagi. Itu yang saya bimbangkan. Wajib (berubah),” katanya.

13. “Sebagai calon kena minta sokongan dari seluruh negara. Di sini saya ada kekangan. Saya Menteri Besar di Kedah ada tanggungjawab perlu digalas. Mungkin tak ada masa seluas-luasnya untuk bergerak banyak kali ke seluruh negara untuk berkempen. Bukan hanya (perlu dapat sokongan dari perwakilan) di utara walaupun daripada enam nama untuk calon Naib Presiden saya seorang dari utara,” katanya.

14. Mukhriz berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan untuk mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minat beliau sendiri.

15. Katanya malah beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.

16. "Kalau benar beliau hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi semasa zaman beliau presiden parti dan perdana menteri (keempat) selama 22 tahun, beliau boleh menarik abang saya, (Datuk) Mokhzani dan saya untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

17. "Saya akui "bin" saya memang menarik perhatian. Ia juga menaikkan saya ke satu imej tertentu kerana beliau (Tun Dr Mahathir) menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan yang tinggi. Saya seronok dapat meneruskan apa yang beliau perjuangkan tetapi saya ada idea-idea saya sendiri," katanya.

Setakat ini, 6 pemimpin UMNO bertanding untuk 3 tempat Naib Presiden UMNO. Dan perwakilan UMNO seperti MiM yang layak mengundi hanya ada 3 undi sahaja.

Kata mudah. 3 orang akan kalah bukan kerana perwakilan tidak suka mereka tetapi perwakilan tidak ada cara lain kecuali mengundi 3 orang sahaja.

Memang amat menyulitkan tetapi kini terpulanglah kepada perwakilan untuk memilih yang terbaik.

No comments:

Post a Comment